left-gre.gif (353 bytes)Masalah-Masalah Yang Biasa Berlaku Pada Unit Penyamanan Udara

  1. Sistem Tidak Sejuk
  2. Sebab-sebab yang mungkin berlaku apabila sesebuah unit tidak sejuk adalah seperti berikut :-

     

    rp.gif (386 bytes)  Sistem Tidak Cukup Gas atau Bahan Pendingin

    Pada keadaan normal, tekanan dalam suatu unit adalah seperti berikut :-

      Peranti Pemeteran berada di Unit Luar. Peranti Pemeteran berada di Unit Dalam. (Jenis Lama)
    Tekanan Rendah (Penyejat)

    65psig - 75psig

    65psig - 75psig

    Tekanan Tinggi (Pemeluwap)

    80psig - 100psig

    200psig - 270psig

    Biasanya jika sesuatu sistem itu tidak mencukupi gas atau bahan pendingin, tiup saluran sedutan pada Unit Luar akan berlasutan satu lapis ais.

     

    bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Menguji kebocoran pada sistem jika didapati gas tidak

                                            mencukupi serta tambah gas selepas uji kebocoran

                                           dilakukan.

     

    rp.gif (386 bytes) Gelungan penyejat Tersumbat

    Pada keadaan ini, biasanya air akan menitik keluar pada Unit Dalam atau sirip-sirip pada Unit Dalam yang mengalami kondensasi yang teruk. Selain itu, udara yang dihembus keluar mengandungi titisan-titisan air.

    bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Mencuci Gelungan Penyejat dengan 'Chemical' atau

                                            melakukan 'Overhaul Service' untuk sistem.

     

    rp.gif (386 bytes) Gelungan Pemeluwap Tersumbat

    Pada keadaan ini, biasanya tekanan tinggi pada Pemeluwap akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan tekanan normalnya seperti jadual diatas.

    bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Mencuci Gelungan Pemeluwap dengan 'Chemical' atau

                                            melakukan 'Overhaul Service' untuk sistem.

     

    rp.gif (386 bytes) Kipas Unit Luar Tidak Jalan

    Pada keadaan ini, tekanan pada Pemeluwap akan menjadi terlalu tinggi dan menyebabkan Pemampat berhenti operasi disebabkan oleh Suis Beban Lebih (Overload) yang dipasang dalamnya.

    bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Memeriksa Motor Kipas, sama ada motor rosak atau sirip

                                            kipas tersekat. Tukar motor jika didapati rosak. Pemampat

                                            mungkin rosak jika lambat mengambil tindakan.

    rp.gif (386 bytes) Blower Pada Unit Dalam Tidak Jalan

    Pada keadaan ini, biasanya seseorang pengguna akan merasai kerana tiada angin keluar. Disini, tekanan rendah pada Penyejat menjadi terlalu rendah dan akan menyebabkan tiup saluran sedutan bersalutan ais. Ini juga akan merosakkan Pemampat jikalau tindakan tidak diambil dengan serta merta.

    bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Memeriksa Motor Blower, sama ada motor rosak atau sirip

                                             Blower tersekat. Tukar motor jika didapati rosak.

     

    rp.gif (386 bytes) Udara Panas Masuk

    Biasanya udara panas ini masuk melalui tingkap atau pintu yang tidak tutup rapat. Ia juga mungkin disebabkan sinaran matahari melalui tingkap yang tiada langsir.

    bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Menutup pintu serta tingkap dengan rapat. Pasangkan

                                            langsir pada tingap-tingkap yang dibuat daripada kaca.

     

    rp.gif (386 bytes) Penambahan Alat-Alat Elektrik Pada Ruang Penyejukan

    Pada keadaan ini, haba daripada alat-alat elektrik tersebut menyebabkan suhu pada suatu ruang penyejukan menjadi tinggi. Alat-alat elektrik yang mengeluarkan haba yang banyak adalah seperti Pemanas elektrik, Periuk Nasi dan lain-lain.

    bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Kurangkan peralatan elektrik dalam ruang penyejukan.

     

    rp.gif (386 bytes) Pemampat Tidak Jalan

    Pada keadaan ini, Udara yang keluar daripada sistem tidak akan rasa sejuk. Terdapat banyak sebab Pemampat tidak boleh jalan. Jika didapati Pemampat rosak, maka pertukaran terpaksa dilakukan.

     

  3. Air Bocor Daripada Unit Dalam (Indoor Unit)

rp.gif (386 bytes) Gelungan penyejat Tersumbat

Pada keadaan ini, biasanya air akan menitik keluar pada Unit Dalam atau daripada sirip-sirip pada Unit Dalam. Ini adalah disebabkan berlakunya keadaan kondensasi pada sirip-sirip dengan udara sekeliling. Selain itu, udara yang dihembus keluar mengandungi titisan-titisan air.

            bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Mencuci Gelungan Penyejat dengan 'Chemical' atau

            melakukan 'Overhaul Service' untuk sistem.

 

rp.gif (386 bytes) Paip Pengaliran Tersumbat

Biasanya perkara ini berlaku pada sistem yang telah lama digunakan dan tidak pernah melakukan servis. Pada keadaan ini, tangkungan air dalam Unit Dalam akan penuh dan melebihi lalu menitik ke luar unit.

            bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Bersihkan paip pengaliran tersebut sama dengan Blower

                                                     atau air paip.

 

rp.gif (386 bytes) Tiub Sedutan, Tiub Cecair Dan Paip Pengaliran Tidak Bertebat (No Insulation).

Biasanya perkara ini berlaku pada unit yang baru dipasang atau unit yang sudah lama diguna sehingga bahan penebatnya rasak atau bagi unit yang baru melakukan kerja baik pulih kerana kecuaian membalut semula penebatnya selepas pembaiki. Titisan air menitik keluar dari Unit Dalam disebabkan kondensasi berlaku pada tiub yang sejuk dengan udara sekeliling yang lebih panas.

           bouncing.gif (1336 bytes)Cara Penyelesaian :- Balutkan semula penebatan pada tiub-tiub penyejukan dan

                                                    paip pengaliran.